Tuesday, 25 September 2012

Sambutan Bulan Panitia Pend. Islam, Program Ihya' Ramadhan dan Kem Literasi Al-Quran 2012

Antara program yang telah dijalankan ialah :

1. Majlis Pelancaran - 24 Julai 2012
2. Program Tadarus al-Quran - 25 Julai - 13 Ogos 2012
3. Ceramah Nuzul Quran - 6 Ogos 2012
    - Ceramah disampaikan oleh Imam Muda Asyraf dan turut diserikan dengan kehadiran wakil guru dan     
       murid SMKA Putrajaya dan mendapat sambutan yang hangat daripada warga sekolah.

4. Spell It Right Jawi - 10 Ogos 2012
    - Program adalah berbentuk pertandingan seperti SIR NST namun perkataan perlu dieja dalam tulisan
      jawi.  Pemenang pertandingan adalah seperti berikut :
      Johan : Adik Nur Safiah bt. Shamsuddin (2 Tulip)
      Naib Johan : Adik Putera Syaraf b. Sarianto (4 Alamanda)
      Ketiga : Adik Nur Shahirah bt. Mohd. Zapri (5 Alamanda)
      Pemenang menerima sijil pencapaian dan piala.
5. Ifthar Jamaie dan solat hajat UPSR - 13 Ogos 2012
6. Program 1 hari 1 surah 1 zikir 1 doa - 24 Julai - 13 Ogos 2012
    - Pengisian bacaan surah lazim, zikir harian Imam Ghazali dan doa harian pada setiap waktu rehat.
      Dikendalikan oleh guru pendidikan Islam dan B. Arab bersama bantuan guru bertugas mingguan. Terima
      kasih guru bertugas!
7. Ceramah Halal JAKIM - 14 Ogos 2012
    - Ceramah disampaikan oleh pegawai dari Unit Hub Halal JAKIM, Cyberjaya.
8. Majlis Penutup & Anugerah Tokoh Ihya' Ramadhan 2012 - 14 Ogos 2012
    - Majlis diisi dengan Khatam al-Quran daripada peserta tadarus, penyampaian hadiah dan sijil serta
      anugerah tokoh Ihya' Ramadhan.
      Tokoh Ihya' Ramadhan Lelaki : Mohamad Faiq Shahmi b. Md. Rukemi (6 Alamanda)
      Tokoh Ihya' Ramadhan Perempuan : Nurizatul Athirah Adawiyah bt. Roslan (6 Alamanda).

Tahniah semua dan terima kasih kerana memberikan komitmen yang cukup hebat!!Jazakumullahu khairan kathira!




No comments:

Post a Comment